Carian
Kod Sumber Adobe Photoshop Versi Terawal Dilepaskan Kepada Umum
February 15, 2013 Aman

Adobe Photoshop 1.0.7Adobe Photoshop boleh dikatakan antara perisian popular dikalangan pengguna dalam menyunting gambar. Hari ini, Adobe menyumbang kod sumber Photoshop pada tahun 1990 kepada Computer Science Museum, sekaligus membolehkan mereka yang berminat mendapatkannya.

Seperti dikongsikan oleh Computer History Museum, perisian ini dibangunkan pada awalnya dengan dikenali sebagai “Display”, digunakan untuk menyunting gambar-gambar digital. Pada mulanya, ia dibangunkan untuk kegunaan peribadi, tetapi kemudiannya mereka menjenamakan ia kepada “Photoshop” dan mencari syarikat untuk mengedarkannya. Pada tahun 1989 mereka memeterai perjanjian dengan Adobe untuk mengeluarkannya dan mula menjual kepada umum.

Kini, Photoshop merupakan salah satu perisian popular diseluruh dunia, dan digunakan ramai dalam menyunting gambar-gambar digital.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendapatkan kod sumber Adobe Photoshop 1.0.1 daripada laman Computer History Museum untuk penggunaan peribadi.

Komen