Gambar HTC One (HTC M7) Tertiris Dalam Variasi Warna Hitam

Gambar HTC One (HTC M7) Tertiris Dalam Variasi Warna Hitam

Diterbitkan pada Feb 15, 2013 oleh .

Selepas gambar HTC One (HTC M7) berwarna putih kelihatan di arena web beberapa hari yang lepas, kini gambar peranti sama dalam variasi warna hitam turut sama kelihatan. Seperti sedia maklum, ia menyerupai satu sama lain, dan hanya membawakan perbezaan warna sahaja.

HTC One 2013

Daripada apa yang diketahui, ia dikatakan HTC One (HTC M7) ini akan membawakan skrin dengan paparan HD penuh, serta menyertakan kamera yang berkuasa dalam merakamkan gambar yang jelas berbanding peranti-peranti lain.

HTC bakal memperkenalkan peranti ini secara rasmi pada hari Selasa depan, 19 Februari, dimana kami akan membawakan kemaskini langsung pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN