Ubuntu Phone Versi Pembangunan Untuk Galaxy Nexus Dan Nexus 4 Bakal Diterbitkan Pada 21 Februari

Ubuntu Phone Versi Pembangunan Untuk Galaxy Nexus Dan Nexus 4 Bakal Diterbitkan Pada 21 Februari

Diterbitkan pada Feb 16, 2013 oleh .

Setelah diperlihatkan pada awal Januari yang lepas, hari ini, Canonical secara rasminya mengumumkan yang mana fail pemasangan versi pembangunan atau yang dikenali sebagai Touch Developer Preview akan diterbitkan pada minggu hadapan.

Fail pemasangan ini akan disediakan untuk dua peranti utama, iaitu Galaxy Nexus dan juga Nexus 4. Ia akan kelak turut menerima pelbagai kemaskini, sehinggalah ia dilancarkan secara rasminya pada bulan Oktober 2013 kelak.

Selain itu, memandangkan imej dan kod sumber awal akan diterbitkan, kita juga mungkin akan dapat melihat ia turut hadir pada pelbagai peranti lain tidak lama selepas itu.

Jadi, bagi mereka yang menggunakan Galaxy Nexus ataupun Nexus 4, mungkin boleh nantikan fail pemasangan Ubuntu Phone diterbitkan pada 21 Februari ini.


TIPS & ULASAN