BitTorrent Membolehkan Pengguna Berkongsi Fail Bersaiz Sehingga 1TB Melalui SoShare

BitTorrent Membolehkan Pengguna Berkongsi Fail Bersaiz Sehingga 1TB Melalui SoShare

Diterbitkan pada Feb 16, 2013 oleh .

BitTorrent nampaknya agak aktif pada tahun ini, dimana selepas memperkenalkan sebuah extension khas untuk pengguna Chrome, dinamakan Surf pada bulan lepas, kini mereka turut sama memperkenalkan sebuah perkhidmatan baru, dinamakan sebagai SoShare.

SoShare menggunakan teknologi BitTorrent dalam membantu para pengguna menghantar fail bersaiz besar – sehingga 1TB – secara percuma. Seperti biasa, pengguna terlebih dahulu mendaftar akaun SoShare, dan kemudiannya memuat-naik fail pada perkhidmatan tersebut, sebelum berkongsi pautan fail berkenaan bersama-sama lain.

Setiap fail yang dimuat-naik akan aktif selama lebih kurang 30 hari (atau boleh ditetapkan oleh pengguna untuk mematikannya lebih awal). Untuk menggunakannya, pengguna terlebih dahulu perlu memasang sebuah plug-in khas.

Perkhidmatan SoShare ini mungkin agak berguna bagi mereka yang terlibat dalam industri media kreatif, dimana mungkin perlu memindahkan fail bersaiz besar diantara satu sama lain.

Bagi mereka yang berminat, boleh mendaftarkan akaun SoShare secara percuma hari ini, dan menggunakannya dalam menghantar dan menerima fail bersaiz besar.


TIPS & ULASAN