Dengan kelajuan internet seluruh dunia yang meningkat naik dari hari ke hari, video telah menjadi salah satu jenis kandungan yang meningkat popular. Pengiklanan video di internet juga semakin mendapat perhatian, apatah lagi di laman YouTube yang kini menawarkan beberapa pilihan untuk pengiklan, serta tidak begitu menganggu pengguna untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Tetapi bagaimanakah sekiranya ia diimplementasikan di Facebook? Daripada apa yang dikongsikan, Facebook dikatakan sedang menguji pengiklanan video yang dimainkan secara automatik di News Feed, tanpa begitu menganggu pengguna.
Ia dikatakan Facebook masih belum selesa dengan ujian mereka, dalam memberikan pengalaman penggunaan yang baik untuk pengguna dan juga pengiklan buat masa ini.
Mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dikatakan Facebook dalam perancangan untuk memperkenalkan iklan video jenis auto-play selama 15 saat, dan disasarkan untuk diperkenalkan sekitar April 2013 ini.
Walaupun ia mungkin agak menganggu pengguna sekiranya iklan dimainkan secara automatik di NewsFeed, salah satu perkara yang dinantikan adalah bagaimana gergasi sosial tersebut mengintegrasikannya di laman Facebook tanpa menganggu pelayaran para penggunanya.