Cari @ Amanz

Google Takeout BloggerGoogle Takeout merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Google untuk membolehkan pengguna memuat-turun data daripada pelbagai perkhidmatan mereka untuk simpanan ataupun digunakan pada perkhidmatan lain.

Terkini, selain daripada pelbagai perkhidmatan sedia ada, Google juga kelihatan menambah dua lagi perkhidmatan baru, iaitu Blogger dan juga Google+ Pages, sekaligus memudahkan pengguna untuk memuat-turun data daripada perkhidmatan tersebut.

Untuk perkhidmatan Blogger, data yang dimuat-turun ditawarkan dalam format Atom XML, yang mana boleh digunakan pada perkhidmatan lain yang menyokong format tersebut. Sebaliknya, untuk Google+ Pages pula, data yang dimuat-turun adalah dalam bentuk HTML.

Sebaik sahaja anda menetapkan untuk memuat-turunnya, ia akan mengambil sedikit masa untuk menyediakan arkib muat-turun anda, dan diberitahu melalui emel sebaik sahaja ia sedia untuk dimuat-turun.

Jadi, sekiranya anda ingin membuat salinan pendua untuk data-data anda di Blogger, Google+ Pages ataupun lain-lain perkhidmatan, mungkin boleh menyemak laman Google Takeout hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd