HomeBank Memudahkan Anda Menguruskan Kewangan Pada Desktop

HomeBank Memudahkan Anda Menguruskan Kewangan Pada Desktop

Diterbitkan pada Feb 16, 2013 oleh .

Pada peranti mudah-alih, terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan anda menguruskan kewangan dan mencatatkan perbelanjaan dan sebagainya. Tetapi, bagaimanakah pada desktop? Salah satu perisian sumber terbuka yang ditawarkan untuk Windows, Mac dan juga Linux adalah HomeBank.

HomeBank Pada Windows

HomeBank merupakan salah satu perisian pengurusan kewangan yang menawarkan pelbagai fungsi-fungsi, sekaligus memudahkan pengguna untuk menguruskan data mereka, serta mengetahui perbelanjaan dan baki pada akaun mereka.

Pada permulaan penggunaan HomeBank, ia tampak sedikit sukar, tetapi setelah menggunakannya selama beberapa minit, pengguna dapat membiasakan diri menggunakannya. Beberapa template kewangan disediakan, membolehkan pengguna dengan automatik memasukkan pembayaran bulanan yang berulang, seperti gaji, sewa rumah, bayaran pinjaman dan sebagainya.

Bagi mereka yang kurang memahami penggunaan perisian ini, pihak pembangunnya sendiri menyediakan bantuan secara atas-talian, sekaligus membolehkan setiap pengguna menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Selain daripada pengurusan kewangan peribadi, ia juga turut sama boleh digunakan sekiranya ingin menguruskan kewangan syarikat kecil-kecilan, memandangkan laporan akhir yang dikeluarkan agak baik berbanding beberapa perisian lain.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun HomeBank ini secara percuma untuk Windows, Mac dan juga Linux.

Muat-Turun HomeBank untuk Windows, Mac dan Linux


TIPS & ULASAN