Facebook sering menguji pelbagai perkara baru pada laman mereka. Selepas sebelum ini kita melihat ujian rekabentuk baru pada segelintir pengguna, kini sekali lagi, sebuah rekabentuk baru yang berbeza kelihatan dalam ujian pihak Facebook.
Daripada apa yang dipertontonkan, ia kelihatan rekabentuk halaman profil disusun dengan lebih rapi, mengantikan rekabentuk Timeline yang agak memeningkan pada masa kini. Segala info dan penggunaan aplikasi diletakkan pada bahagian kiri, manakala kemaskini dan perkongsian rakan-rakan diletakkan pada bahagian tengah, dan pada bahagian kanan, seperti biasa adalah iklan Facebook.
Daripada pengamatan kami, rekabentuk ini tampak lebih mesra dan mudah digunakan berbanding rekabentuk Timeline yang digunakan meluas pada masa kini.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan rekabentuk baru yang sedang dalam ujian ini?