Posterous Bakal Dimatikan Pada 30 April 2013

Posterous Bakal Dimatikan Pada 30 April 2013

Diterbitkan pada Feb 17, 2013 oleh .

Posterous yang dilancarkan pada tahun 2008 telah pun diambil-alih oleh pihak Twitter pada Mac tahun lepas. Kini, selepas hampir setahun diambil-alih, pihak Posterous mengumumkan yang mana perkhidmatan mereka akan dihentikan bermula 30 April 2013 ini.

Bermula tarikh tersebut, laman Posterous.com dan juga aplikasi mudah-alihnya akan dimatikan, sekaligus membuatkan ia tidak lagi boleh dilayari ataupun disunting.

Pihak Posterous mengatakan dengan melakukannya, mereka akan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada laman Twitter, dan menambah-baik perkhidmatan mikro-blog yang semakin popular dari hari ke hari.

Bagi para pengguna Posterous, anda boleh ke halaman Backup, dan membuat salinan data dan penulisan anda di Posterous untuk digunakan pada perkhidmatan lain, seperti ke WordPress.com.


TIPS & ULASAN