Cari @ Amanz

Nampaknya kebanyakkan laman web kerajaan mempunyai pelbagai kerentanan, dimana selepas laman JAWI, JPM, dan beberapa yang lain digodam, terkini adalah laman Parlimen turut sama digodam oleh kumpulan penggodam yang digelar Sofea Hana.

Buat masa ini, laman utama Parlimen.gov.my masih berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah, tetapi sebaliknya, salah satu bahagian pada laman tersebut telah digodam dan disertakan dengan mesej permintaan seperti beberapa laman sebelum ini.

Pada masa yang sama juga, daripada apa yang dikongsikan di laman sosial, ia kelihatan sebuah gambar telah dimuat-naik beberapa jam sebelum ini, yang mana telah dipadam buat masa sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd