Carian
PlayStation Baru Akan Membawakan Sokongan Stream Permainan?
February 17, 2013 Aman

PlayStation 3Selain daripada beberapa gambar prototaip awal alat kawalan PlayStation generasi akan datang, kini WSJ melaporkan yang mana Sony bakal memperlihatkan konsol terbaru mereka pada minggu hadapan yang akan menyertakan pelbagai fungsi baru padanya.

Salah satu perkara yang dikatakan akan disertakan pada PlayStation 4 kelak adalah kebolehan untuk stream permainan terus dari internet dalam bentuk masa-nyata. Ia dikatakan, melalui sokongan stream ini, pengguna akan dapat menikmati permainan pada PlayStation 3 sekarang pada konsol baru kelak.

Seperti semua sedia maklum, pada tahun lepas, Sony telah membeli dan mengambil-alih Gaikai, yang mana menawarkan permainan berasaskan awan. Dengan teknologi perkomputeran awan, ia membolehkan pengguna memainkan permainan dengan spesifikasi tinggi dengan mudah, dan hanya memerlukan talian internet yang sewajarnya untuknya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah Sony akan mengenakan caj untuknya. Memandangkan ia akan ditawarkan secara digital, dan dimainkan terus pada konsol pengguna, maka permainan yang dibeli tidak akan dijual kembali seperti pada masa sekarang ini, dan mungkin tidak begitu digemari para pemain. Tetapi, sekiranya Sony dapat menawarkan permainan dalam bentuk stream ini pada harga menarik, mungkin ia akan menerima reaksi positif daripada para pengguna seluruh dunia.

Sony bakal mengadakan acara pengumuman khas berkenaan PlayStation pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikan kejutan daripada mereka.

Komen