Chameleon Launcher Dipertontonkan Pada Telefon Pintar Nexus 4

Chameleon Launcher Dipertontonkan Pada Telefon Pintar Nexus 4

Diterbitkan pada Feb 17, 2013 oleh .

Pada bulan lepas, pembangun Chameleon Launcher telah berkongsi mengatakan ia akan hadir ke telefon Android tidak lama lagi. Kini, sebuah video dimuat-naik ke halaman YouTube mereka, memperlihatkan demonstrasi awal aplikasi tersebut pada telefon pintar.

Chameleon Launcher sebelum ini telah dilancarkan pada tahun lepas, yang mana memberikan nafas baru pada antaramuka tablet Android, sekaligus memudahkan pengguna mengakses kandungan dan informasi terus daripada skrin utama. Aplikasi tersebut telah menerima pelbagai reaksi berbeza, dan ramai pengguna turut sama telah memintanya untuk diperkenalkan pada telefon pintar Android.

Kini, pembangunnya kelihatan masih lagi pada peringkat ujian, dan mungkin akan memperkenalkan versi ujian awal tidak lama lagi. Selain daripada versi telefon pintar, untuk tablet juga ia dijangka akan diberikan nafas baru.

Muat-Turun Chameleon Launcher untuk tablet Android


TIPS & ULASAN