YouTube Ratings Preview Memudahkan Pengguna Mengetahui Rating Video Di YouTube

YouTube Ratings Preview Memudahkan Pengguna Mengetahui Rating Video Di YouTube

Diterbitkan pada Feb 17, 2013 oleh .

Pada YouTube, kadang-kala seseorang ingin melihat terlebih dahulu rating sesebuah video, sebelum mula menontonnya. Tetapi, dengan rekabentuk baru ini, ia agak sukar, dan hanya dipaparkan apabila pengguna memainkan video itu sahaja.

Untuk memudahkan perkara ini, salah satu extension yang berguna untuk para pengguna pelayar web Chrome adalah YouTube Ratings Preview.

YouTube Ratings Preview

Dengan memasangnya, setiap halaman di YouTube dipaparkan dengan bar berbentuk visual pada bahagian bawah setiap thumbnail video. Walaubagaimanapun, bar visual yang diperlihatkan hanya memaparkan warna hijau dan juga merah, tanpa memberikan petanda berkenaan jumlah rating pengguna dan sebagainya.

Apa pun, ia mungkin serba sebanyak memberikan bantuan kepada pengguna sekiranya ingin menonton sesuatu video di YouTube, walaupun kadang-kala rating yang diberikan oleh pengguna kurang tepat.

Bagi mereka yang beminat, boleh memuat-turun YouTube Rating Preview terus daripada Google Chrome WebStore hari ini.


TIPS & ULASAN