Bagi para peminat peranti Samsung, Galaxy S4 adalah peranti utama keluaran mereka yang diperkatakan mungkin diperkenalkan seawal 15 Mac 2013 kelak. Namun, selain daripada Galaxy S4, Samsung juga dikatakan akan turut hadir dengan Galaxy S4 Mini lebih kurang dua tiga bulan selepas pelancarany Galaxy S4.
Seperti umum sedia maklum, Galaxy S4 Mini akan membawakan rekabentuk yang lebih kurang menyerupai Galaxy S4, tetapi dengan spesifikasi rendah, dan tidak menyertakan beberapa fungsi khas padanya.
Daripada apa yang dilaporkan, ia dikatakan Galaxy S4 Mini akan hadir pada bulan Mei 2013 ini, dimana memberikan lebih pilihan kepada pengguna sebelum membeli peranti mudah-alih mereka.
Selain daripada kedua-dua peranti ini, Samsung juga dijangka akan memperkenalkan beberapa tablet, termasuk Galaxy Note 8.0 pada penghujung bulan ini di Mobile World Congress.