Mega Bakal Diperluaskan Ke Emel, Chat, Dan Beberapa Perkhidmatan Lain

Diterbitkan pada Feb 18, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mega baru sahaja dilancarkan pada bulan lepas, dan kini mempunyai lebih 3 juta pengguna berdaftar menggunakannya. Seperti biasa, melalui Tweet, Kim Dotcom turut sama berkongsi mengenai perancangan beliau untuk Mega dalam beberapa tahun akan datang.

Daripada Tweet yang dikongsikan Kim Dotcom, beliau mengatakan dalam tahun-tahun akan datang, perkhidmatan Mega akan diperluaskan untuk beberapa perkhidmatan yang lain.

Antaranya termasuklah perkhidmatan emel, chat, dan juga video. Perkhidmatan ini berkemungkinan besar akan menggunakan kaedah privasi dan sekuriti yang sama diimplementasikan pada Mega sekarang ini.

Pada masa yang sama, Kim Dotcom juga berkongsi dimana mereka hanya mengambil masa lebih kurang 4 minggu sahaja untuk mencapai angka pengguna berdaftar seramai 3 juta orang, berbanding Dropbox yang mengambil masa sehingga dua tahun.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami