Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami pernah berkongsi akan cara-cara untuk berkongsi rangkaian internet melalui WiFi menggunakan komputer Windows anda. Tetapi ia mungkin agak sukar, dan memerlukan pengguna melalui pelbagai langkah sebelum berjaya.

Untuk memudahkan proses tersebut, salah satu perisian sumber terbuka yang membantu adalah Virtual Router Plus.

Virtual Router Plus

Virtual Router Plus adalah salah satu perisian ringkas, dimana pengguna hanya perlu menetapkan nama SSID, dan kata laluan, seterusnya boleh berkongsi rangkaian internet komputer Windows mereka bersama yang lain melalui WiFi.

Untuk menggunakannya, komputer pengguna perlulah terlebih dahulu bersambung ke internet, tidak kira melalui LAN, WiFi, dan sebagainya.

Dari percubaan kami, ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang masalah. Dan memandangkan ia tidak memerlukan sebarang pemasangan dan sebagainya, ia serba-sebanyak memudahkan proses berkongsi rangkaian internet dengan mudah.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Virtual Router Plus hari ini secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd