Bungie Memperlihatkan Video Permainan “Destiny” Untuk Xbox 360 Dan PS3

Bungie Memperlihatkan Video Permainan “Destiny” Untuk Xbox 360 Dan PS3

Diterbitkan pada Feb 18, 2013 oleh .

DestinyBungie merupakan salah satu studio yang menghasilkan permainan popular – Halo, dan kini mereka hadir dengan sebuah video berbentuk dokumentari yang baru, dipanggil sebagai Destiny.

Bungie sebelum ini diambil-alih oleh Microsoft pada tahun 2000, tetapi ia keluar daripada Microsoft dan menjadi syarikat persendirian pada tahun 2007. Kini syarikat tersebut dilaporkan sedang bekerjasama dengan Activision untuk beberapa projek, dan salah satunya adalah Destiny.

Destiny bakal diperkenalkan untuk PlayStation 3 dan juga Xbox 360 tidak lama lagi. Melalui permainan tersebut, para pemain akan membawa watak manusia yang terselamat di Bumi, dan perlu mempertahankan Bumi. Permainan ini memerlukan internet, dan melaluinya, para pemain boleh menyertai antara satu sama lain didalamnya.

Buat masa ini, tarikh pelancaran permainan Destiny ini masih belum diketahui lagi.


TIPS & ULASAN