Cari @ Amanz

LG Optimus G Pro telah pun diperlihatkan pada minggu lepas. Namun, tiada maklumat penuh berkaitan dengan spesifikasi yang dikongsikan ketika itu, menjadikan ramai yang ternanti-nanti akan maklumat lanjut berkenaan dengan LG Optimus G Pro ini.

LG Optimus G Pro

Hari ini, melalui laman rasmi LG, mereka telah pun berkongsi beberapa maklumat yang dinantikan ramai, terutamanya spesifikasi peranti tersebut sendiri.

LG Optimus G Pro, seperti ramai sedia ketahui, membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080×1920 pixel. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan empat teras 1.7GHz Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan 32GB (dengan sokongan mikro-SD), serta bateri yang boleh ditanggalkan berkapasiti 3140 mAh.

Peranti ini turut didatangkan dengan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan. LG Optimus G Pro turut sama menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar yang semakin popular pada hari ini.

Dari segi sistem operasi, ia menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dan disertakan dengan antaramuka khas daripada LG.

Harga dan bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

LG Optimus G Pro 5.5

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd