Cari @ Amanz

Pada masa kini, selain daripada fungsi pada telefon pintar, salah satu perkara yang menjadi saingan utama adalah rakaman gambar dan video melaluinya. Dari segi ini, boleh dikatakan peranti Nexus daripada Google agak ketinggalan berbanding yang lain.

Beberapa peranti Android membawakan sokongan rakaman gambar yang baik, seperti One X dan juga Galaxy S3. Selain itu, sokongan kamera pada Lumia 920 adalah salah satu perkara yang diperkatakan ramai sejak ia dilancarkan.

Nexus jikalau dibandingkan, boleh dikatakan agak ketinggalan. Namun, dari segi fungsi, Google kelihatan menambah beberapa fungsi baru, termasuk yang terkini adalah sokongan PhotoSphere padanya. Tetapi, tanpa sokongan sensor kamera yang baik, mungkin ia tidak berguna.

Adakah ianya akan disertakan pada peranti yang bakal diperkenalkan pada Google I/O 2013 ini?
Berkongsi melalui laman Google+, Vic Gundotra berkongsi mengatakan mereka komited dalam membawakan kamera yang baik pada telefon pintar Nexus. Tetapi bilakah masih tidak diketahui buat masa ini.

Mengikut beberapa ura-ura, ia diperkatakan peranti dinamakan sebagai Motorola X akan hadir pada sekitar tarikh tersebut, yang mana diperkatakan akan menggunakan sensor daripada Sony. Namun, adakah Motorola X ini tergolong dalam keluarga Nexus ataupun sebaliknya, tidak diketahui buat masa ini.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat peranti Nexus dengan sokongan kamera yang amat baik pada Google I/O kali ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd