Permainan Protes Maya – “Bersih Election 2013” Hadir Ke Facebook

Permainan Protes Maya – “Bersih Election 2013” Hadir Ke Facebook

Diterbitkan pada Feb 18, 2013 oleh .

Di Facebook terdapat beberapa permainan ringkas berbentuk sosial, dan salah satu permainan terbaru yang memfokuskan pengguna tempatan adalah “Bersih Election 2013“. Seperti pada namanya, ia mengambil inspirasi daripada acara demonstrasi Bersih yang diadakan pada tahun lepas, disamping menyertakan beberapa perkara lain padanya.

Bersih Election 2013

Bersih Election 2013

Pada permainan tersebut, pelbagai perisitiwa dan kejadian diperlihatkan kembali, termasuk jalan raya yang ditutup, kereta polis yang diterbalikkan, serta beberapa yang lain.

Dari segi grafik, ia membawakan rekabentuk yang kemas dan menarik, serta mudah dikendalikan berbanding beberapa permainan lain. Namun dari segi permainan pula, ia memerlukan pemain menghancurkan beberapa perkara, termasuk merosakkan pagar, dan sebagainya – yang mana tidak begitu memberikan kesan baik, dan mengalakkan vandalisme melaluinya. Perkara ini sekaligus menjadikan ia tidak begitu sesuai untuk dimainkan oleh semua pihak.

Seperti biasa, ia mengekalkan beberapa ciri-ciri sosial, disamping memerlukan pemain mengumpulkan tenaga sebelum melakukan sesuatu perkara. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh menyemak permainan ini di Facebook hari ini.

Bersih Election 2013

Bersih Election 2013

Bersih Election 2013


TIPS & ULASAN