Cari @ Amanz

Penggunaan kod QR boleh dikatakan telah popular sejak daripada tahun lepas, apatah lagi dengan penggunaan peranti mudah-alih yang semakin meluas dari hari ke hari. Namun, kaedah untuk mengubah sesuatu URL ke kod-QR masih agak sukar dan memerlukan beberapa proses untuk melakukannya.

QrCodeR

Untuk mengatasi masalah ini dan memudahkan para pengguna, salah satu add-on berguna untuk pengguna Firefox adalah QrCodeR.

QrCodeR merupakan add-on percuma, dimana boleh ditambah ke pelayar web Firefox, dan seterusnya ia akan menambah sebuah pilihan baru pada menu klik-kanan. Jadi, sebaik sahaja pengguna klik kanan pada sesuatu halaman, mereka boleh memilih “Encode to QrCoder”, dan seterusnya kod-QR akan dipaparkan pada pelayar web anda.

Pengguna seterusnya boleh mengimbas terus kod-QR tersebut, ataupun sekiranya ingin menyimpannya, hanya perlu klik pada kod-QR tersebut dan menyimpannya dalam bentuk PNG.

QrCodeR

Bagi mereka yang banyak menggunakan dan berurusan dengan kod-QR, mungkin boleh menggunakan add-on QrCodeR pada pelayar web Firefox hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd