Canonical nampaknya agak aktif pada tahun ini, dimana selepas memperkenalkan Ubuntu Phone pada bulan lepas, kini mereka bersedia untuk mengumumkan sesuatu yang baru berkaitan tablet, pada awal pagi esok.
Melalui halaman utama Ubuntu.com, kini mereka memaparkan pengiraan masa untuk pengumuman berkaitan tablet pada awal pagi esok.
Sebelum ini, beberapa bulan lepas, Canonical telah pun memulakan ujian Ubuntu pada Nexus 7, tetapi tidak banyak maklumat dikongsikan sejak daripada itu.
Buat masa ini, apakah yang bakal diumumkan awal pagi esok masih tidak diketahui sepenuhnya. Berkemungkinan kita akan dapat melihat sistem operasi Ubuntu yang dioptimasikan untuk tablet esok, sekaligus membawakan Ubuntu kepada pelbagai jenis dan saiz peranti.
Sama-sama kita nantikan pengumuman pihak Canonical berkaitan dengannya pada awal pagi esok.