Konsol PlayStation Baru Dilaporkan Bakal Memperluaskan Penggunaan Fungsi Sosial

Konsol PlayStation Baru Dilaporkan Bakal Memperluaskan Penggunaan Fungsi Sosial

Diterbitkan pada Feb 19, 2013 oleh .

Prototaip Controller PS4Sony bakal mengumumkan sesuatu berkaitan konsol PlayStation dalam tempoh kurang 48 jam lagi, dan kini, beberapa info baru berkaitan dengannya hadir sekaligus memberikan idea apakah yang akan disertakan bersama-sama dengan konsol generasi baru Sony kelak.

WSJ hari ini melaporkan konsol generasi baru daripada Sony kelak akan memperluaskan lagi penggunaan sosial, membolehkan pengguna berkongsi terus ke Facebook, Twitter mahupun YouTube dengan mudah. Beberapa sokongan telah pun sedia terbina pada PlayStation 3, tetapi dijangka akan ditambah baik dan dipermudahkan melalui konsol baru kelak.

Sebelum ini, ia telah sedia dikongsikan yang mana PlayStation 4 kelak akan menyertakan sokongan memainkan permainan terus melalui awan. Perkara tersebut bakal membolehkan pengguna memainkan ia pada pelbagai peranti. Ia dikatakan kelak melalui konsol baru, para pemain boleh bersaing dengan rakan-rakan menggunakan telefon pintar, dan pelbagai peranti lain. Namun, bagaimana ia akan berfungsi sepenuhnya masih tidak diketahui buat masa ini.

Buat masa ini, bagaimanakah ia akan kelihatan masih menjadi persoalan ramai, walaupun beberapa gambar prototaip awal alat kawalan PlayStation 4 telah kelihatan.

Sony bakal mengumumkannya secara rasmi pada 21 Februari kelak. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Sony melalui PlayStation 4 kelak.


TIPS & ULASAN