Firefox 19 Sedia Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP

Firefox 19 Sedia Dimuat-Turun Daripada Pelayan FTP

Diterbitkan pada Feb 19, 2013 oleh .

Firefox 19 bakal dilancarkan secara rasmi dalam minggu ini, dan seperti biasa, fail pemasangan akhirnya kini telah pun hadir pada pelayan FTP, membolehkan sesiapa yang berminat memuat-turun dan mencubanya.

Firefox 19

Bersama-sama dengan Firefox 19, salah satu perkara baru yang dibawakan adalah sokongan paparan PDF terbina, membolehkan pengguna melihat dokumen berbentuk PDF terus pada pelayar web tanpa sebarang perisian tambahan.

Selain itu, ia juga turut sama membawakan penambah-baikkan dari segi HTML5 dan juga CSS3. Prestasi pelayar web juga kelihatan ditambah-baik berbanding sebelumnya. Perubahan penuh yang dibawakan pada Firefox 19 mungkin akan dikongsikan oleh Mozilla bersama-sama pelancarannya rasmi tidak lama lagi.

Muat-Turun Firefox 19 dari FTP


TIPS & ULASAN