Outlook.com Dilancarkan Secara Rasmi – Pengguna Hotmail Bakal Dinaik-Taraf Tidak Lama Lagi

Outlook.com Dilancarkan Secara Rasmi – Pengguna Hotmail Bakal Dinaik-Taraf Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 19, 2013 oleh .

OutlookSetelah memulakan ujian beta sejak lebih kurang enam bulan yang lepas, hari ini, Microsoft secara rasminya melancarkan Outlook.com. Pada masa yang sama, Microsoft turut mengatakan perkhidmatan Outlook.com kini mempunyai lebih kurang 60 juta pengguna seluruh dunia.

Dengan pelancaran rasmi Outlook.com juga, pengguna Hotmail bakal dipindahkan ke perkhidmatan baru ini tidak lama lagi, sekaligus membawakan antaramuka yang lebih kemas dan mudah digunakan berbanding Hotmail pada hari ini.

Seperti biasa, untuk pengguna Hotmail sedia ada, segala data mereka akan dipindahkan sekali, membolehkan mereka kekal menggunakan alamat emel dan kata laluan sama untuk mengaksesnya, disamping turut melihat pelbagai emel dan mesej baru mereka menggunakan antaramuka baru.

Melalui perkhidmatan baru Outlook.com ini, ia bukan sekadar membolehkan pengguna mengakses emel dengan mudah, tetapi turut sama menyertakan integrasi sosial padanya, membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini dengan pantas terus melaluinya.

Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh melayari laman Outlook.com hari ini, dan sekiranya telah menggunakannya, mungkin boleh berkongsi pendapat dan pandangan anda berkaitan dengan perkhidmatan ini.


TIPS & ULASAN