Samsung Memperkenalkan GALAXY Camera (WiFi)

Samsung Memperkenalkan GALAXY Camera (WiFi)

Diterbitkan pada Feb 19, 2013 oleh .

Setelah memperkenalkan Galaxy Camera beberapa bulan sebelum ini, kini Samsung hadir dengan variasi kamera Android berharga lebih murah, yang hanya menyertakan sokongan WiFi sahaja padanya.

Samsung Galaxy Camera

Versi sebelum ini membawakan sokongan 3G terbina padanya, dan dijual pada harga sekitar RM1899. Untuk versi WiFi ini, harganya masih tidak diketahui, dan dijangka lebih murah, sekaligus membolehkan lebih ramai mendapatkan peranti tersebut.

Galaxy Camera (WiFi) ini turut didatangkan bersama-sama cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, sensor 16.3-megapixel dengan sokongan 21x zoom optikal, Android 4.1 Jelly Bean, dan didatangkan bersama-sama pelbagai fungsi khas untuk rakaman gambar dan video padanya.

Harga dan bilakah ia akan hadir ke Malaysia masih tidak diketahui buat masa ini.

Baca : Ulasan Galaxy Camera


TIPS & ULASAN