Gambar Depan Dan Belakang Peranti HTC One (HTC M7) Tertiris Ke Web

Gambar Depan Dan Belakang Peranti HTC One (HTC M7) Tertiris Ke Web

Diterbitkan pada Feb 19, 2013 oleh .

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum peranti HTC One ataupun peranti yang dikenali dengan nama HTC M7 dilancarkan secara rasmi oleh pihak HTC. Tetapi, seperti sebelumnya, kini sebuah gambar baru tertiris memperlihatkan rekabentuk peranti berkenaan.

HTC One M7

Mengikut pelbagai ura-ura sebelum ini, ia dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan Snapdragon 600 empat-teras 1.7GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dan juga kamera 13-megapixel. Dari beberapa gambar yang kelihatan, ia menunjukkan yang mana peranti ini akan membawakan antaramuka Sense yang berbeza dengan sedia ada.

HTC bakal melancarkan peranti ini secara rasmi pada pukul 11 malam ini. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan sepenuhnya oleh peranti ini.

HTC One


TIPS & ULASAN