Canonical Memperkenalkan Ubuntu Untuk Tablet

Canonical Memperkenalkan Ubuntu Untuk Tablet

Diterbitkan pada Feb 20, 2013 oleh .

Ubuntu TabletSetelah memperkenalkan Ubuntu untuk telefon pada bulan lepas, hari ini, Mark Shuttleworth secara rasminya mengumumkan Ubuntu untuk tablet, sekaligus membawakan sistem operasi sumber terbuka popular itu ke tablet. Dengan pengenalan Ubuntu untuk tablet ini, Canonical sekali lagi menekankan matlamat mereka untuk membawakan Ubuntu kepada pelbagai platform, daripada desktop, telefon pintar, televisyen, dan kini tablet.

Dengan pengenalan Ubuntu untuk tablet ini, Canonical sekali lagi menekankan matlamat mereka untuk membawakan Ubuntu kepada pelbagai platform, daripada desktop, telefon pintar, televisyen, dan kini tablet.

Ubuntu untuk tablet menggunakan penggunaan kod yang lebih kurang sama, tetapi menggunakan kernel Linux yang dioptimasikan untuk peranti berkenaan.

Salah satu perkara menarik pada Ubuntu untuk tablet ini adalah dimana sokongan multi-tasking padanya, membolehkan pengguna dengan mudah membuat pelbagai tugas pada waktu yang sama. Selain membolehkan menggunakan dua aplikasi pada masa sama (Skype dan melayari laman web, serta lain-lain), salah satu perkara menarik adalah kebolehan membawa satu kandungan dari sesuatu aplikasi ke aplikasi yang lain. Ia sekaligus memudahkan pengguna melaksanakan tugas mereka dengan lebih pantas lagi.

Seperti pada versi PC, ia turut sama didatangkan dengan sokongan lebih dari satu akaun, membolehkan anda membuat tetapan khas untuk sesuatu akaun, dan berkongsi tablet tanpa was-was dengan yang lain.

Selain antaramuka yang kemas, Ubuntu untuk tablet turut sama membawakan akses pantas kepada pelbagai perkara, yang mana boleh diakses daripada setiap bucu paparan skrin. Selain itu, Ubuntu untuk Tablet ini turut menyertakan sokongan kawalan suara, memudahkan anda melakukan sesuatu tugas.

Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti khas menggunakan Ubuntu untuk Tablet ini akan hadir. Apa pun, bagi pengguna Nexus 7 dan juga Nexus 10, Canonical bakal mengeluarkan fail pemasangan mereka pada minggu ini, bersama-sama dengan fail pemasangan untuk Ubuntu Phone.

Baca : Ubuntu untuk Tablet


TIPS & ULASAN