Cari @ Amanz

BlackBerry 10 bakal dilancarkan secara rasminya hari ini di Malaysia, dan beberapa jam sebelum pelancarannya, kini AirAsia telah pun menerbitkan aplikasi yang dioptimasikan untuk BlackBerry 10.

AirAsia - BlackBerry 10

Melalui aplikasi BlackBerry 10, para pengguna boleh membuat tempahan, menyemak penerbangan dan beberapa perkara lain terus melaluinya.

Daripada penggunaan kami, ia berjalan dengan lancar, tanpa sebarang lengah masa seperti beberapa aplikasi yang lain.

Bagi mereka yang telah menggunakan BlackBerry 10 boleh memuat-turun aplikasi AirAsia daripada AppWorld hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd