Cari @ Amanz

Selain daripada aplikasi AirAsia yang diterbitkan hari ini di BlackBerry World khas untuk pengguna BlackBerry 10, kelihatan juga aplikasi daripada akhbar terkemuka – Berita Harian dan juga New Straits Times telah tersedia di BlackBerry World sejak beberapa hari yang lepas.

NST - BlackBerry

Berita Harian  - BlackBerry 10

Menariknya, aplikasi ini bukan sahaja dioptimasikan untuk BlackBerry 10, tetapi turut sama boleh digunakan oleh oara pengguna BlackBerry sedia ada, sekaligus memudahkan pengguna mengikuti perkembangan semasa dengan mudah melaluinya.

Daripada rekabentuk antaramuka aplikasi berkenaan, ia kelihatan menggunakan BlackBerry App Generator. Bagi pengguna BlackBerry, anda boleh mendapatkan aplikasi Berita Harian, News Straits Times, Harian Metro, dan juga Business Times daripada BlackBerry World hari ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd