BlackBerry Z10 Daripada Maxis Bermula 9 Mac – Celcom & DiGi Bermula 8 April

BlackBerry Z10 Daripada Maxis Bermula 9 Mac – Celcom & DiGi Bermula 8 April

Diterbitkan pada Feb 20, 2013 oleh .

BlackBerry Z10 hari ini diperkenalkan secara rasminya di Malaysia, membawakan peranti yang menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 ke pasaran Malaysia. Daripada apa yang dikongsikan, Maxis, DiGi dan juga Celcom akan menawarkannya di Malaysia.

BlackBerry Z10

BlackBerry Z10 membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan terbina sebanyak 16GB dengan sokongan kad-mikro SD, serta sokongan HDMI, NFC dan beberapa yang lain.

Harganya masih belum diumumkan secara rasmi, tetapi pelbagai ura-ura mengatakan ia akan berharga sekitar RM2188. Harga dengan pakej dan pelan syarikat telekomunikasi akan lebih murah, dan BlackBerry turut menawarkan sokongan trade-in untuk peranti sedia ada.

Kami akan membawakan pandang pertama peranti BlackBerry Z10 lewat hari ini.


TIPS & ULASAN