BlackBerry 10 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

BlackBerry 10 Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 20, 2013 oleh .

Hari ini, BlackBerry Malaysia secara rasminya melancarkan BlackBerry 10 di Malaysia, sekaligus berkongsi ia akan mula dijual di Malaysia melalui Maxis, Celcom dan DiGi. Pendaftaran minat untuk peranti BlackBerry Z10 melalui Maxis bermula esok – 21 Februari.

Pelancaran BlackBerry 10

BlackBerry 10 merupakan sistem operasi mudah-alih terbaru daripada BlackBerry, membawakan beberapa perkara baru padanya, selain memberikan nafas baru pada antaramuka sistem operasi BlackBerry.

Antara fungsi menarik yang disertakan pada BlackBerry 10 adalah termasuk sokongan Peek (memudahkan pengguna melihat notifikasi dengan mudah), serta sokongan BlackBerry Hub yang menjadi pusat komunikasi para pengguna.

BlackBerry 10 didatangkan bersama-sama peranti khas dinamakan sebagai BlackBerry Z10 dan juga BlackBerry Q10. Namun, buat permulaan ini hanya peranti Z10 sahaja akan dijual, dan tarikh jualan Q10 masih tidak diketahui buat masa ini.

Kami akan membawakan pandang pertama peranti Z10 dan juga BlackBerry 10 tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN