Bersama-sama pelancaran BlackBerry Z10, pihak BlackBerry juga berkongsi mengatakan sebanyak 3000 pembeli terawal boleh trade-in telefon pintar BlackBerry sedia ada ketika membeli BlackBerry Z10 kelak.
Model | Potongan Harga |
---|---|
Curve 8520 | RM255 |
Curve 9300 | RM270 |
Bold 9000 | RM125 |
Bold 9700 | RM285 |
Bold 9780 | RM330 |
Bold 9900 | RM485 |
Untuk mendapatkan peranti Z10 melalui program trade-in, pengguna terlebih dahulu perlu mendapatkan baucar khas yang akan dikongsikan melalui laman Facebook BlackBerryMY, dan seterusnya mendapatkan peranti Z10 pada harga potongan mengikut peranti yang ditukarkan.
Namun, beberapa terma perlu diikuti, dimana peranti sedia ada perlulah berfungsi dengan baik, tanpa sebarang kerosakkan pada skrin, papan kekunci dan sebagainya. Promosi ini ditawarkan hanya untuk lebih kurang 3000 unit pertama sahaja.
BlackBerry Z10 akan ditawarkan melalui Maxis bermula 9 Mac ini, dan diikuti oleh Celcom dan DiGi bermula 8 April.