Windows Blue Bakal Hadir Seawal Bulan Ogos 2013?

Windows Blue Bakal Hadir Seawal Bulan Ogos 2013?

Diterbitkan pada Feb 20, 2013 oleh .

Windows Blue telah diperkatakan sejak beberapa bulan sebelum ini, dan mengikut desas-desus terkini, ia dikatakan sistem operasi daripada Microsoft ini mungkin akan dilancarkan seawal bulan Ogos ini.

Buat masa ini, info sepenuhnya berkenaan dengan Windows Blue masih tidak diketahui buat masa ini, dan sekiranya ia akan dilancarkan pada bulan Ogos, kelihatan seperti Microsoft tidak akan mengeluarkan sebarang versi percubaan seperti sebelum-sebelum ini.

Windows Blue ini dikatakan sebagai kemaskini pertama untuk Windows 8, dikatakan akan menggunakan kod teras yang sama antara versi desktop dan juga untuk Windows Phone.

Microsoft sehingga ke hari ini tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengan Windows Blue.


TIPS & ULASAN