Cari @ Amanz

Setelah hadir pada pelayan FTP sebelum ini, kini pihak Mozilla turut sama telah melancarkan pelayar web terbaru mereka secara rasminya, sekaligus membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya.

Firefox 19

Firefox 19, seperti semua sedia maklum, membawakan peningkatan dari segi prestasi, disamping menambah-baik lagi sokongan untuk HTML5 dan juga CSS3.

Dari segi fungsi baru, salah satu perkara yang didatangkan bersama-sama dengannya adalah sokongan paparan dokumen PDF terus pada pelayar web, tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan seperti sebelumnya.

Selain itu, Firefox 19 untuk Android pula membawakan beberapa penambahan, dimana kini menyokong peranti lama yang menggunakan cip pemprosesan ARMv6, selain turut membawakan sokongan penggunaan tema pada pelayar web mudah-alih tersebut.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya hari ini, ataupun melakukan kemaskini untuk pemasangan sedia ada secara automatik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd