Maxis Memulakan Pendaftaran Minat Untuk BlackBerry Z10

Diterbitkan pada Feb 21, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti mana yang dijanjikan semalam, pihak Maxis kini telah pun memulakan pendaftaran minat untuk mereka yang ingin mendapatkan BlackBerry Z10. Pendaftaran minat ini akan dibuka sehingga hari Isnin, 25 Februari, pukul 5 petang.

Maxis - BlackBerry Z10

Buat masa ini, informasi berkaitan harga dan juga pelan daripada Maxis masih tidak dikongsikan. Namun, daripada gambar yang diperlihatkan, kita boleh katakan ia akan ditawarkan dalam kedua-dua variasi, iaitu hitam dan juga putih.

BlackBerry Z10 merupakan peranti terbaru daripada BlackBerry yang menjalankan sistem operasi BlackBerry 10. Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, memori sebanyak 2GB RAM, sokongan NFC, mikro-HDMI, mikro-USB dan pelbagai perkara lain padanya.

Harga jualan yang dicadangkan untuk Malaysia adalah RM2188, namun melalui pelan Maxis, ia mungkin akan jauh lebih murah lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami