Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan PlayStation 4 hari ini, beberapa pengeluar permainan berkongsi beberapa maklumat berkaitan dengan permainan mereka, dan salah satu daripadanya adalah Blizzard.

Blizzard - Diablo 3

Daripada apa yang dikongsikan, Blizzard bakal menawarkan permainan Diablo 3 mereka untuk para pengguna PlayStation 3 dan juga PlayStation 4 tidak lama lagi.

Beberapa ciri-ciri khas turut dijangka akan disertakan bersama-sama dengannya, dimana salah satunya adalah termasuk membolehkan pengguna memainkan bersama-sama 4 orang rakan lain dalam mod co-op. Beberapa pembaharuan turut sama dijangka akan disertakan pada PS4 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd