Cari @ Amanz

Selain berkongsi beberapa maklumat berkaitan dengan PlayStation 4, Sony turut sama berkongsi akan dimana konsol generasi baru mereka kelak akan berada di pasaran pada penghujung tahun ini, dan selari dengan cuti hujung tahun kelak.

PlayStation 4 - 2013

Walaupun ia diketahui bagaimanakah alat kawalannya akan kelihatan, disamping beberapa permainan khas yang akan hadir untuk platform PlayStation, pihak Sony masih tidak memperlihatkan rekabentuk konsol mereka, sekaligus membuatkan ramai yang masih tertanya-tanya berkenaan dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sepenuhnya adakah konsol PlayStation 4 ini akan dipasarkan diseluruh dunia pada tarikh yang sama, ataupun sebaliknya.

Jadi, daripada beberapa info yang diketahui, adakah anda akan mendapatkan PlayStation 4 kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd