Permainan PlayStation Sedia Ada Tidak Disokong Pada PS4 Secara Natif

Permainan PlayStation Sedia Ada Tidak Disokong Pada PS4 Secara Natif

Diterbitkan pada Feb 21, 2013 oleh .

Seperti pelbagai desas-desus yang kedengaran sebelum ini, hari ini, melalui acara khas berkaitan PlayStation, pihak Gaikai mengesahkan yang mana PlayStation 4 kelak tidak boleh memainkan permainan sedia ada secara natif.

PS4 - Remote Play

Sebaliknya, pengguna boleh memainkan pelbagai permainan sedia-ada melalui sokongan stream, yang mana menjadi salah satu ciri utama pada PlayStation 4. Untuk sokongan ini, pemain memainkannya terus pada pelayan Sony, dan dipaparkan ke pengguna melalui sokongan internet pada konsol PlayStation 4. Ini sekaligus membolehkan pengguna memainkan pelbagai jenis permainan, mahupun sekiranya ingin menggunakan tenaga pemprosesan yang tinggi terus pada PlayStation 4.

Namun, semestinya ramai pengguna akan kecewa, memandangkan permainan sedia ada yang telah dibeli oleh mereka tidak disokong pada PlayStation 4 kelak secara natif.


TIPS & ULASAN