Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pelancaran global tempoh hari, kini ketika pelancaran untuk Asia Pasifik, pihak HTC telah berkongsi berkenaan dengan harga jualan peranti HTC One, dimana untuk pasaran Malaysia, ia akan membawakan tanda harga RM2299 dan dijual bermula penghujung April 2013 ini.

HTC One

HTC One membawakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, bateri berkapasiti 2300mAh, sokongan NFC, dan turut dilengkapi dengan sokongan LTE padanya. Dari segi skrin, ia membawakan skrin 4.7-inci dengan paparan resolusi HD penuh. Harga RM2299 adalah untuk variasi dengan ruangan storan 32GB padanya.

Selain hanya memfokuskan kepada spesifikasi, pihak HTC turut sama membawakan beberapa penambahan menarik padanya, dimana selain daripada rekabentuk menarik, ia turut dilengkapi dengan HTC UltraPixel Camera untuk rakaman gambar yang baik, HTC BoomSound untuk kualiti audio yang tinggi, HTC BlinkFeed untuk membolehkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini semasa terus daripada skrin utama, dan beberapa perkara yang lain.

Kami akan membawakan pandang pertama HTC One tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd