[amanz-gallery]
HTC One merupakan peranti terbaru daripada pihak HTC, membawakan antaramuka yang serba baru, disamping menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya, dimana diantaranya adalah termasuk HTC BoomSound, HTC UltraPixel Camera, dan juga HTC BlinkFeed.
Dari segi spesifikasi, HTC One bakal menyertakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon 600, memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan HD penuh, termasuk binaan rekabentuk daripada alumnium sepenuhnya. Di Malaysia, peranti ini akan dijual bermula penghujung April ini pada harga RM2299.