Google Sedang Membangunkan ChromeBook Dengan Sokongan Input Sentuhan?

Diterbitkan pada Feb 21, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ChromeBookDengan pelbagai peranti yang kini didatangkan dengan sokongan skrin sentuh, kini, salah satu laporan hadir mengatakan pihak Google kini sedang membangunkan ChromeBook dengan sokongan input secara sentuhan padanya.

Buat masa ini, maklumat menyeluruh berkaitan berkenaan peranti ini masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, dengan hadirnya ChromeBook dengan sokongan input sentuhan, maka berkemungkinan ia memberikan lebih pilihan kepada pengguna, terutamanya yang mengemarkan platform Google dan juga inginkan komputer riba.

Sekiranya benar, dan dilancarkan dalam masa terdekat, maka berkemungkinan ia akan bersaing secara terus dengan peranti yang menjalankan sistem operasi Windows 8.

Tetapi sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengeluar yang telah memasarkan Chromebook keluaran mereka untuk pasaran Malaysia, berkemungkinan kerana ia memerlukan sambungan internet untuk beroperasi sepenuhnya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami