Cari @ Amanz

findMasjid merupakan salah satu aplikasi Android daripada pembangun tempatan yang mana memudahkan para pengguna untuk membuat carian masjid-masjid berdekatan dan mendapatkan arah untuk ke lokasinya. Selepas diuji dalam bentuk beta sebelum ini, kini aplikasi tersebut telah pun dilancarkan secara rasmi di Google Play Store, dan sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna Android.

findMajid Android

Berbeza dengan versi beta sebelum ini, salah satu sokongan baru yang disertakan bersama-sama dengannya adalah integrasi sokongan Waze padanya. Dengan integrasi ini, sekiranya pengguna mempunyai aplikasi Waze sedia terpasang pada peranti Android mereka, maka mereka boleh terus membuka arah laluan ke lokasi masjid terus menggunakannya.

Bagi pengguna Android yang berminat, mungkin boleh memuat-turun aplikasi findMasjid daripada Google Play Store hari ini, disamping pada masa yang sama menyumbang dengan menambah senarai lokasi masjid berdekatan anda padanya.

  • Muat Turun
Muat-Turun findMasjid Untuk Android/download]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd