Sokongan Kawalan Suara Pada Sistem Operasi Ubuntu Dipertontonkan

Sokongan Kawalan Suara Pada Sistem Operasi Ubuntu Dipertontonkan

Diterbitkan pada Feb 21, 2013 oleh .

Sokongan kawalan suara merupakan salah satu fungsi yang disertakan pada kebanyakkan platform operasi mudah-alih hari ini, dan kini, salah seorang pembangun memperlihatkan sokongan yang lebih kurang sama di Ubuntu.

Menurut pembangunnya, ia dijalankan menggunakan teknologi Google, dimana membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara, termasuk membuka aplikasi, memindahkan fail dari satu lokasi ke lain.

Pengguna juga turut sama boleh membuat pertanyaan untuk beberapa soalan dan mendapatkan jawapan dengan pantas melalui fungsi ini. Sokongan dictation juga kelihatan disertakan, menjadikan ia sesuatu yang berguna serta memudahkan pengguna membuat penulisan dan sebagainya.

Pembangunnya mengatakan mereka akan memperkenalkan perisian ini kepada semua pengguna Ubuntu tidak lama lagi, dan membolehkan mereka menggunakan arahan suara dalam mengawal komputer Ubuntu mereka.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan sokongan ini? Adakah ia sesuatu yang berguna ataupun sebaliknya?


TIPS & ULASAN