Chrome Dev Terkini Untuk Windows Menyertakan Sokongan Pelancar Aplikasi Chrome

Chrome Dev Terkini Untuk Windows Menyertakan Sokongan Pelancar Aplikasi Chrome

Diterbitkan pada Feb 21, 2013 oleh .

Salah satu fungsi popular dan digemari pada ChromeOS adalah tetingkap khas untuk aplikasi Chrome, dan kini ia turut diperkenalkan pada pelayar web Chrome versi pembangunan untuk Windows. Melaluinya, kini ia menyertakan sebuah pelancar baru, dikenali sebagai Pelancar Aplikasi Chrome.

Pelancar Aplikasi Chrome

Dengan adanya Pelancar Aplikasi Chrome ini, ia menyertakan sebuah ikon khas pada Windows, dimana pengguna boleh mengakses kepada aplikasi kegemaran mereka dengan lebih pantas, tanpa perlu membuka sebarang pelayar web Chrome. Namun, ia hanya membuka tetingkap khas untuk aplikasi berkenaan sekiranya ia membawakan sokongan offline, dan untuk aplikasi biasa ia membuka melalui tetingkap pelayar web biasa.

Chrome App Launcher

Buat masa ini, sokongan ini hanya diperkenalkan untuk pengguna Windows sahaja, dan bakal diperkenalkan untuk pengguna Linux dan Mac tidak lama lagi. Untuk menggunakannya pula, pengguna terlebih dahulu perlulah menggunakan pelayar web Chrome saluran Dev. Pengguna akan diminta untuk log masuk ke akaun Google untuk menggunakan fungsi ini.

Walaupun ia mungkin tidak memberikan impak besar kepada pengguna biasa, namun, sekiranya anda menjalankan pelbagai jenis aplikasi Chrome pada komputer anda, mungkin pelancar khas ini adalah salah satu fungsi yang amat berguna.


TIPS & ULASAN