Ubuntu Touch Preview Untuk Peranti Nexus Kini Sedia Dimuat-Turun

Ubuntu Touch Preview Untuk Peranti Nexus Kini Sedia Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Feb 22, 2013 oleh .

Seperti mana yang dijanjikan pihak Canonical, hari ini mereka telah pun menerbitkan fail pemasangan Ubuntu untuk telefon pintar dan juga tablet, sekaligus membolehkan pengguna beberapa peranti Nexus terkini mencubanya sendiri.

Dikenali sebagai Ubuntu Touch Preview, ia membawakan antaramuka yang serba baru dan dioptimasikan untuk peranti mudah-alih. Sejak diperkenalkan pada telefon pintar pada awal Januari, ia telah diperkatakan ramai, dan pada minggu ini, mereka turut sama memperkenalkannya untuk tablet.

Sekiranya anda menggunakan Galaxy Nexus, Nexus 4, Nexus 7 ataupun Nexus 10, mungkin boleh memuat-turunnya hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda.

Muat-Turun Ubuntu 12.10 Touch Preview


Baca : Kaedah Pemasangan Ubuntu Touch Preview


TIPS & ULASAN