Cari @ Amanz

Selain daripada tangan tiruan biomekatronik yang diperlihatkan UTHM, wakil mereka juga turut sama memperlihatkan alat kawalan suis berasaskan internet, dikenali sebagai Switch-Fly.

Switch-Fly menggunakan talian internet untuk menghubungkan alat kawalan suis ke peranti pengguna, dimana ia sekaligus membolehkan pengguna untuk menghidupkan dan mematikan suis daripada mana-mana sahaja. Daripada apa yang dipertontonkan, ia menggunakan sebuah aplikasi yang diakses melalui penggunaan alamat IP, dan seterusnya memerlukan pengguna untuk log masuk sebelum dapat mengawal untuk menghidupkan ataupun mematikan sesuatu suis.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Switch-Fly ini bakal dikomersialkan kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd