Kerajaan Akan Memantau Perniagaan Berasaskan Internet Dengan Lebih Serius

Kerajaan Akan Memantau Perniagaan Berasaskan Internet Dengan Lebih Serius

Diterbitkan pada Feb 22, 2013 oleh .

Individu disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.Dengan lebih ramai yang mengakses internet dari hari ke hari, salah satu industri yang menerima kesan positif dan berkembang dengan pesat adalah e-dagang. Perkara ini juga membawa kepada beberapa kesan yang tidak begitu baik kepada pengguna, dimana dari hari ke hari lebih ramai melaporkan mereka tertipu dan sebagainya.

Untuk mengatasi perkara ini, kerajaan kini mengatakan mereka akan memantau perniagaan dalam-talian, dimana semua perniagaan berasaskan internet diwajibkan mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang berkuat-kuasa bermula 1 Julai ini.

Melalui peraturan tersebut, para penjual dan peniaga perlu menyediakan maklumat penuh, termasuk nama, nombor pendaftaran syarikat, nombor telefon, emel, alamat, selain turut sama menceritakan ciri-ciri barang dan perkhidmatan yang disediakan.

Disamping itu, kerajaan juga menekankan dimana kos jualan perlu dipaparkan dengan jelas tanpa sebarang kos tersembunyi. Kerajaan turut mengatakan peniaga perlu meletakkan kos penuh barangan atau perkhidmatan.

Info lain yang perlu dijelaskan pengguna juga adalah anggaran masa penghantaran pesanan, kaedah pembayaran dan beberapa yang lain.

Pada masa yang sama, peniaga juga dikehendaki untuk menyimpan rekod nama, alamat dan nombor telefon pembekal barangan mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun.


TIPS & ULASAN