Cari @ Amanz

Sejak BlackBerry 10 dilancarkan tempoh hari, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah aplikasi Instagram, yang mana membolehkan pengguna merakamkan gambar, menambah efek, dan berkongsi bersama-sama yang lain.

Instagram BlackBerry 10

Daripada apa yang dilaporkan oleh AllThingsD, ia dikatakan Instagram tiada perancangan untuk membawakan aplikasi natif untuk platform BlackBerry. Mengikut apa yang dikongsikan mereka, Instagram dikatakan sedang membangunkan port aplikasi Android sedia ada untuk platform BlackBerry.

Memandangkan beberapa pembangun memperkenalkan aplikasi BlackBerry 10 dengan hanya mengubahnya daripada aplikasi Android sedia ada, maka sekiranya benar, pengguna BlackBerry 10 kelak boleh mengakses perkhidmatan Instagram dan menggunakannya pada peranti mereka.

Namun, seperti biasa, memandangkan ia bukan versi natif, maka pengalaman penggunaannya mungkin kurang menarik berbanding pelbagai aplikasi natif yang lain untuk BlackBerry 10.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan hadir untuk BlackBerry 10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd