Cari @ Amanz

Kita sudah biasa melihat permainan pada PC dikawal menggunakan alat-kawalan yang disambungkan melalui PC dan sebagainya. Tetapi bagaimana pula dengan menggunakan peranti Android?

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada acara Malaysia Tech Expo 2013 hari ini, memperlihatkan salah satu produk yang dibangunkan mereka, dinamakan sebagai PC-Mote.

Melaluinya, ia membolehkan pengguna memainkan permainan pada komputer dengan hanya menggunakan peranti Android mereka. Ia sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada wayar, disamping memudahkan lagi pengguna mengawal sesuatu permainan, disamping memberikan pengalaman permainan seumpama di konsol Pada peranti Android yang dihubungkan, pengguna boleh merasai gegaran dan mendengar bunyi permainan terus padanya.

Bercakap mengenai masa depan, UPNM berkongsi mereka berhasrat untuk membangunkan permainan mereka sendiri, dan memasarkannya dengan meluas didalam mahupun di luar negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd